Ikuti Kami:

Akibat Sikap Tamak Pihak Pengurusan, Pusat Beli Belah Runtuh & Ragut Ratusan Nyawa

Akibat Sikap Tamak Pihak Pengurusan, Pusat Beli Belah Runtuh & Ragut Ratusan Nyawa

Berita ini pernah menggemparkan seluruh dunia.

Negara Korea pernah dikejutkan dengan satu kejadian ngeri di mana, sebuah pusat membeli belah popular runtuh dan telah meragut ratusan nyawa.

Gedung Membeli Belah Sampoong

Pada 29 Jun 1995, Gedung Membeli Belah Sampoong di Seoul, runtuh akibat kegagalan struktur. Runtuhan itu membunuh 502 orang dan mencederakan 937, menjadikannya bencana terbesar dalam sejarah Korea Selatan.

Pembinaan bangunan itu bermula pada 1987 dan siap pada 1990. Pada mulanya syarikat membuat kontrak untuk membina struktur itu menarik diri selepas pengerusi bahagian pembinaan Kumpulan Sampoong, Lee-joon, menuntut perubahan pada tiang sokongan konkrit. Tetapi pihak kontraktor tidak bersetuju kerana bimbang struktur itu akan runtuh. Lee-joon akhirnya menggunakan syarikatnya sendiri untuk menyiapkan pembinaan.

Pada April 1995, keretakan mula kelihatan di siling tingkat lima di sayap selatan. Lee-joon dan kakitangan pengurusannya meminta semua pemilik premis memindahkan barangan  dari tingkat atas ke tingkat bawah tanah. Pada pagi 29 Jun, bilangan keretakan di kawasan itu meningkat secara mendadak, mendorong pengurus menutup bahagian tingkat atas.

Bangunan runtuh

sampoong mall runtuh

Pengurusan kedai gagal menutup bangunan atau mengeluarkan perintah pemindahan rasmi, kerana bilangan pelanggan di bangunan pada masa itu adalah tinggi, dan pengurusan tidak mahu kehilangan untung hari itu. Apabila pakar kejuruteraan awam dijemput untuk memeriksa struktur, semakan sepintas lalu mendedahkan bahawa bangunan itu berisiko runtuh.

Pengurus kemudahan itu memeriksa tapak di salah satu restoran di tingkat lima hanya beberapa jam sebelum runtuh. Selain itu, sebelum runtuhan, beberapa dentuman kuat kedengaran dari tingkat atas, kerana getaran penghawa dingin menyebabkan keretakan pada papak semakin melebar. Di tengah-tengah aduan pelanggan tentang getaran, penghawa dingin telah dimatikan, tetapi retakan di lantai telah meningkat kepada 10 cm  lebar.

Pada masa itu, pihak pengurusan menyedari bahawa keruntuhan bangunan tidak dapat dielakkan, dan mesyuarat lembaga tergempar telah diadakan. Walaupun pengarah mencadangkan kepadanya supaya semua kakitangan dan pelanggan dipindahkan, Lee-joon dengan marah enggan berbuat demikian kerana takut kehilangan hasil. Bagaimanapun, Lee-joon dan para eksekutif meninggalkan bangunan itu dengan selamat sebelum runtuhan berlaku.

sampoong mall runtuh

Dia tidak pun memaklumkan menantunya sendiri, Chu Kyung-young, yang merupakan salah seorang pekerja di bangunan itu, tentang bahaya yang akan berlaku. Kesudahan, menantunya terperangkap dalam runtuhan dan diselamatkan hanya beberapa hari kemudian.

Pada kira-kira jam 5:00 petang, apabila siling tingkat lima mula tenggelam, pekerja kedai akhirnya menutup semua akses pelanggan hingga ke tingkat lima. Kedai itu sesak dengan ratusan pembeli, dan ianya terjadi 57 minit sebelum runtuhan. Walaupun keadaan sudah semakin teruk, Lee-joon tidak menutup kedai atau melakukan pembaikan pada masa itu. Apabila kedai mula mengeluarkan bunyi retak pada kira-kira jam 5:52 petang, pekerja mula membunyikan penggera dan mengosongkan bangunan, tetapi ianya sudah terlambat.

Bumbung mula runtuh, dan unit penghawa dingin merempuh tingkat lima yang terlebih muatan. Dalam masa kurang daripada dua puluh saat, semua tiang di sayap selatan kedai itu telah runtuh, membunuh 502 orang dan memerangkap lebih daripada 1,500 di dalamnya. Bencana itu mengakibatkan kerosakan harta benda berjumlah kira-kira RM 951,486,404.

Usaha menyelamat

sampoong mall runtuh

Pasukan penyelamat berada di tempat kejadian dalam beberapa minit selepas bencana, dengan kren dan peralatan berat lain dibawa masuk keesokan harinya. Bagaimanapun, Datuk Bandar Seoul, Choi Pyong-yol, mengumumkan operasi mencari dan menyelamat akan dibatalkan kerana kebimbangan bahawa keadaan bangunan yang runtuh itu tidak stabil akan runtuh dengan lebih teruk.

Selepas bantahan besar-besaran, terutamanya daripada rakan-rakan dan saudara-mara mangsa yang masih hilanh, Choi Pyung-yol dan pegawai memutuskan untuk terus mencari mangsa yang terselamat. Pada satu ketika, Korea Telecom menghantar isyarat setiap setengah jam, direka untuk mengenal pasti isyarat daripada telefon bimbit  yang mungkin dibawa oleh mangsa yang terselamat.

sampoong mall runtuh

Selepas hampir seminggu, tumpuan adalah untuk mengalihkan serpihan, tetapi krew pembinaan berhati-hati untuk memeriksa mangsa. Dua minggu selepas keruntuhan, pegawai operasi mencari dan menyelamat itu membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang masih berada di dalam bangunan itu pasti sudah meninggal dunia. Oleh itu, usaha lanjut akan dibuat hanya ke arah ‘pemulihan’ kawasan bangunan, bukan ‘menyelamat’ mangsa, walaupun kemungkinan mangsa dapat bertahan lebih lama.

Dalam keadaan cuaca panas terik, ada yang tidak diselamatkan dalam beberapa hari pertama runtuhan itu berlaku. Menurut sumber, yang terakhir diselamatkan ialah seorang kerani kedai berusia 19 tahun, dikenali sebagai Park Seung-hyun. Dia telah ditarik dari serpihan 17 hari selepas runtuh berlaku dengan beberapa kesan luka di badan. Selain itu,  seorang lelaki yang diselamatkan selepas sembilan hari melaporkan bahawa mangsa lain yang terselamat telah lemas akibat hujan dan dari air yang digunakan untuk memadam kebakaran.

Punca keruntuhan

Siasatan ke atas runtuhan mendedahkan bahawa campuran konkrit substandard simen dan air laut serta konkrit bertetulang buruk digunakan untuk siling dan dinding. Siasatan lanjut mendedahkan bahawa bangunan itu dibina dengan penggunaan teknik yang salah dipanggil ‘pembinaan papak rata’.

sampoong mall runtuh

Didedahkan bahawa dua tahun sebelum runtuh berlaku, tiga unit penyaman udara atas bumbung bangunan itu telah dipindahkan kerana aduan bunyi bising daripada jiran di sebelah timur bangunan itu. Pengurus bangunan itu mengakui menyedari keretakan di bumbung semasa membuat pemeriksaan.

Pihak pengurusan bangun cuba membaikinya tetapi bukan mengangkatnya dengan kren malah, unit itu diletakkan di atas penggelek dan diseret melintasi bumbung, seterusnya menjejaskan kestabilan permukaan sehingga menyebabkan struktur bangunan itu lebih teruk.

Hukuman

sampoong mall runtuh

Pada 27 Disember 1995, Lee-joon telah disabitkan kesalahan dengan kecuaian jenayah dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 6 bulan dan anaknya Lee Han-sang disabitkan kesalahan rasuah serta telah melakukan pembunuhan tidak sengaja. Dia dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun. Atas rayuan, hukuman Lee-joon dikurangkan kepada 7 tahun 6 bulan penjara. Selain itu, dua perancang bandar dari Daerah Seocho di Seoul telah disabitkan kesalahan menerima rasuah.

Pampasan kepada keluarga mangsa

Pada mulanya, keluarga mangsa meminta purata RM 1,719,984 setiap seorang. Walau bagaimanapun, pemilik kedai, menawarkan untuk membayar RM 1,048,190 untuk setiap mangsa, dengan alasan bahawa dia tidak mampu untuk membayar lebih.

sampoong mall runtuh

Dua bulan selepas keruntuhan, Lee-joon dan Lee Han-sang menyerahkan memo yang ditandatangani bersama ke Seoul, menawarkan seluruh kekayaan mereka untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Akibatnya, Kumpulan Sampoong itu tidak lagi wujud dan semua pampasan itu berjaya dijelaskan pada tahun 2003. Juga, ada diwujudkan satu tempat khas dijadikan memorial untuk memperingati semua mangsa yang tidak bersalah itu.

Semoga kejadian macam ni tak berulang lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...