Rasanya ramai yang sedang menantikan mengenai kemas kini terbaru keluarga Park Shin-hye dan Choi Tae-joon kan?

Selepas lama berteka-teki, sepertinya nama anak sulung pasangan itu telah pun didedahkan tanpa sengaja baru-baru ini.
Menurut satu entri yang dimuat naik oleh kelas Pilates dan Yoga, ‘Tanz Play’, mereka menyediakan kek istimewa buat Park Shin-hye sempena kepulangannya ke kelas berkenaan selepas 3 bulan bergelar ibu.
Menerusi entri itu, satu gambar bayi telah dilukis di sebelah nama Joo Won lantas ramai mengagak itulah nama anak lelaki Park Shin-hye dan Choi Tae-joon.
Manakala, profil wanita itu turut diubah di laman Namuwiki di mana nama Choi Joo-won ditambah sebagai anak lelakinya.
Wah! Semoga Joo-won membesar dengan baik.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.