Utama Celebrity News Baru 2 Bulan Bersalin, Park Shinhye Kembali Aktif Bersenam

Baru 2 Bulan Bersalin, Park Shinhye Kembali Aktif Bersenam

park shinhye

Selepas bergelar ibu, sudah pasti ramai yang ingin tahu mengenai perkembangan hidup Park Shin-hye.

Namun peminat tak kering dengan kemas kini memandangkan pelakon wanita itu sering memuat naik mengenai kehidupan sehariannya di laman Instagram termasuklah aktiviti sosial.

Terbaru, Park Shin-hye dilihat kembali aktif bersenam selepas 3 bulan melahirkan anak lelaki sulungnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박신혜/Shin Hye Park (@ssinz7)

Tulisnya di entri itu,

Bermula semula, fighting!

Daripada foto yang dimuat naik, Park Shin-hye dilihat menyertai Tanz Play, satu senaman yang menggabungkan tarian moden dengan Pilates dan Yoga.

Untuk pengetahuan, Park Shin-hye menamatkan zaman bujangnya bersama Choi Tae-joon selepas 4 tahun bercinta dan menimang cahaya pertama mereka pada 31 Mei lalu.

Hebat Park Shin-hye!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInstagram
Loading...