Ikuti Kami:

Akhirnya! Hook Entertainment Mohon Maaf & Bayar RM18 Juta Semula Kepada Lee Seunggi

Akhirnya! Hook Entertainment Mohon Maaf & Bayar RM18 Juta Semula Kepada Lee Seunggi

Dari awal kes ini bermula, siapa sangka kesudahannya akan berpihak kepada Lee Seung-gi kan?

Terbaru, Hook Entertainment mengumumkan kenyataan mengenai satu kes yang berlaku antara syarikat tersebut dengan artis, Lee Seung-gi.

Pihak Hook Entertainment turut membayar wang sejumlah 5.4 bilion won (RM 18, 235,861) kepada Lee Seung-gi yang mana ia merupakan wang pendapatan muziknya sendiri berserta wang penyelesaian untuk tempoh kontrak eksklusifnya bersama agensi itu.lee seunggiHook Entertainment menambah,

Kami telah memberikan data berkaitan kepada Lee Seung-gi pada awal minggu ini, dan berdasarkan data, kami mahu mencapai persetujuan yang sepakat bersamanya. Walau bagaimanapun, jumlah yang dituntut oleh pihak Lee Seung-gi adalah terlalu berbeza daripada jumlah sebenar yang perlu diselesaikan, jadi itulah sebabnya kami tidak dapat mencapai persetujuan bersama.

Namun begitu, kami tidak mahu berhujah lagi mengenai perkara ini, jadi kami membayar Lee Seung-gi wang untuk penyelesaian tidak berbayar dan juga bagi faedah tertunda.

Pihak Hook Entertainment juga mengakhiri isu ini dengan permohonan maaf secara ikhlas kepada Lee Seung-gi kerana telah mencetuskan salah faham dan mereka juga berharap agar kedua-dua belah pihak akan menyelesaikan perkara ini dengan baik di mahkamah kelak. lee seunggi

Namun, paling mencuri perhatian umum adalah apabila, Lee Seung-gi memuat naik satu kenyataan di Instagramnya dengan menyatakan bahawa dia akan mendermakan semua wang yang diperolehi, kepada golongan yang lebih memerlukan.

Bagusnya Lee Seung-gi…

Semoga urusan kedua-dua pihak selesai dengan baik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...