Utama Tempatan Akaun Media Sosial Janna Nick ‘Hilang’ Selepas Isu Gelakkan Jonghyun & Gelar...

Akaun Media Sosial Janna Nick ‘Hilang’ Selepas Isu Gelakkan Jonghyun & Gelar Lisa ‘BLACKPIG’ Tular

janna nick diserang peminat k-pop

Semalam kecoh apabila pelakon Janna Nick memuat naik video membuat permohonan maaf kepada peminat K-Pop apabila videonya gelakkan kematian Jong-hyun daripada SHINee pada 3 tahun lalu kembali tular di serata media sosial.

Pun begitu, permohonan maaf itu sepertinya tidak diterima ramai malah hasil ‘selongkar’ mendapati bahawa pelakon wanita itu menggunakan perkataan tidak baik untuk mempromosikan filem arahannya “Delen”. Menulis Lisa ‘BLACKPIG’ dan seolah-olah menghina Lisa BLACKPINK, Janna Nick sekali lagi diserang oleh peminat K-Pop.

Mungkin kerana tidak tahan melayan komen yang ditinggalkan di laman Instagram miliknya, pelakon itu dilihat telah menukar mod laman sosialnya kepada privasi semalam. Namun, pada pagi ini, hasil tinjauan mendapati bahawa akaun Instagram dan Twitter Janna Nick sudah tidak dapat dikesan lagi.

janna nick diserang peminat k-pop janna nick diserang peminat k-pop

Tidak pasti sama ada Janna Nick memadam akaun Instagramnya atau pun ia ‘hilang’ kerana menerima lapooran yang banyak daripada peminat K-Pop.

janna nick diserang peminat k-pop janna nick diserang peminat k-pop janna nick diserang peminat k-pop janna nick diserang peminat k-pop

Khabarnya, sebelum akaun ini hilang, Janna mengatakan bahawa dia sudah pun membuat laporan polis terhadap individu dan akaun yang melemparkan fitnah terhadapnya.

Hmmm… sama-sama kita nantikan kenyataan lanjut daripada Janna Nick sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...