Ikuti Kami:

Akan Tayang Ogos Ini, Lee Seunggi & Lee Seyoung Hadiri Sesi Pembacaan Skrip ‘The Law Cafe’

Akan Tayang Ogos Ini, Lee Seunggi & Lee Seyoung Hadiri Sesi Pembacaan Skrip ‘The Law Cafe’

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan antara Lee Seung-gi dan Lee Se-young dalam drama “The Law Cafe”!

Terbaru, KBS telah mengumumkan bahawa “The Law Cafe” bakal menemui penonton pada 29 Ogos ini.

Bukan itu sahaja, foto ketika sesi pembacaan skrip di mana pelakon utama seperti Lee Seung-gi, Lee Se-young, Kim Nam-hee, dan Jo Han-cheol telah dikeluarkan, menambah keterujaan penonton untuk menyaksikan drama ini.

kbs the law cafe

Untuk pengetahuan, “The Law Cafe” ialah drama percintaan undang-undang yang menggambarkan kisah Kim Jung-ho (Lee Seung-gi), bekas pendakwa raya yang kini menjadi pemilik bangunan, dan Kim Yu-ri (Lee Se-young), seorang peguam dengan personaliti 4-D. Cerita ini akan memberi tumpuan kepada peristiwa yang mengelilingi firma guaman yang juga beroperasi sebagai kafe.

Selain itu, ini juga merupakan kali kedua Lee Seung-gi dan Lee Se-young bekerjasama selepas “A Korean Odyssey”.

Jangan lupa tonton “The Law Cafe” pada 29 Ogos ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...