Ikuti Kami:

Kim Seulgi Sertai Lee Seunggi & Lee Seyoung Dalam Drama ‘Love By Law’

Kim Seulgi Sertai Lee Seunggi & Lee Seyoung Dalam Drama ‘Love By Law’

Rasa macam dah lama tak nampak Kim Seul-gi berlakon kan?

Terbaru, pelakon wanita yang merupakan ‘kawan baik’ kesemua peminat K-Drama disahkan bakal menyertai drama KBS “Love By Law”.

Untuk pengetahuan, “Love by Law” ialah drama percintaan undang-undang yang menggambarkan kisah Kim Jung-ho (Lee Seung-gi), bekas pendakwa raya yang kini menjadi pemilik bangunan, dan Kim Yu-ri (Lee Se-young), seorang peguam dengan personaliti 4-D. Cerita ini akan memberi tumpuan kepada peristiwa yang mengelilingi firma guaman yang juga beroperasi sebagai kafe.

kim seulgi

Kim Seul-gi akan membawa watak Han Se-yeon, iaitu rakan baik Kim Jung-ho dan Kim Yu-ri sejak kecil lagi. Dek personaliti yang berani dan lantang, dia sentiasa meluahkan segala apa yang mahu diperkatakan. Apabila melihat ketidak adilan, dia tidak boleh membuat tidak tahu sahaja.

Khabarnya “Love By Law” akan menyapa penonton pada 29 Ogos nanti. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...