Tak sabar kan nak tonton gandingan Lee Jong-suk dan Yoon-A dalam drama “Big Mouth”?
Pada 8 Jun, siri drama misteri Jumaat-Sabtu baru MBC yang akan datang “Big Mouth” telah mengeluarkan gambar daripada sesi pembacaan skrip pertama pelakon dan kru, di mana bintang seperti Lee Jong-suk, Yoon-A SNSD, Kim Joo-heon, Ok Ja-yeon, Kwak Dong-yeon, dan ramai lagi, menguji ‘chemistry’ mereka dalam naskhah ini.
Untuk pengetahuan, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Yoon-A pula akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho.
Nantikan “Big Mouth” telah dijadualkan untuk tayang pada Julai ini menerusi Disney+ selepas “Doctor Lawyer” tamat!