Setelah 4 bulan berpisah dengan YG Entertainment, Dae-sung BIGBANG nampaknya sudah sertai agensi baru untuk memulakan aktivitinya.
Terbaru pada 3 April, syarikat RND Company mengumumkan bahawa Dae-sung telah secara rasmi menandatangani kontrak bersama mereka,
Kami telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Dae-sung.
Selain itu, RND Company turut bercadang ingin membentuk pasukan khusus buat Dae-sung, bagi menyokong artis itu sepenuhnya agar dia boleh aktif dalam pelbagai bidang dan bukan hanya muzik.
https://twitter.com/RNDCOMPANY/status/1642689805309071360?s=20
Untuk pengetahuan, Dae-sung telah keluar dari YG Entertainment pada 26 Disember 2022 yang lalu namun, dia masih kekal sebagai ahli BIGBANG kini.
Yas tak sabar nak tunggu aktiviti baru Dae-sung!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉