Ikuti Kami:

Ahn Yeawon Kongsi Sebab Putus Dengan Kim Junsik Selepas ‘Single’s Inferno’ Tamat

Ahn Yeawon Kongsi Sebab Putus Dengan Kim Junsik Selepas ‘Single’s Inferno’ Tamat

Tak sangka program mencari cinta iaitu “Single’s Inferno” boleh popular hingga ke seluruh dunia.

Selepas ianya tamat, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada pasangan yang berjaya bersama masih meneruskan hubungan romantik hingga kini.

Terbaru, Ahn Yea-won telah berkongsi cerita mengenai rancangan tersebut dan juga pasangan yang dipilihnya iaitu Kim Jun-sik menerusi sebuah video di YouTube.

ahn yeawon kim junsik

Menurut wanita itu, pada awalnya dia mahu menolak tawaran tersebut namun terpujuk dengan ajak produksi “Single’s Inferno”.

Saya menerima mesej terus dari Instagram daripada pihak produksi. Apabila mereka memberitahu saya mengenai program itu yang akan dirakamkan di kepulauan terpencil, saya mahu menolaknya. Namun, mereka memujuk dengan memberitahu pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di pulau itu termasuklah berenang dan berjemur, jadi saya membuat keputusan untuk menyertainya.

Apabila ditanya mengapa dia memilih Kim Jun-sik, jawab Ahn Yea-won sambil tertawa,

Kami menjalani penggambaran selama 9 hari, di mana saya rasakan terlalu singkat. Saya tiada pilihan namun untuk memilih seseorang yang kelihatan terbaik di mata saya. Jadi, saya pilih Jun-sik yang paling seiras dengan lelaki idaman saya.

ahn yeawon kim junsik

Wanita itu turut menjawab mengenai hubungannya bersama Kim Jun-sik,

Selepas program itu tamat, kami kembali ke kehidupan normal. Banyak perkara yang saya perlu lakukan dan sibuk memikirkannya. Sama juga dengan Jun-sik. Saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas kerja meskipun kami ada bertemu beberapa kali. Namun kami memilih untuk menjadi rakan baik sahaja.

Dalam pada itu, Ahn Yea-won memilih untuk menolak menyertai program itu sekiranya menerima tawaran lagi.

Tiada jodoh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...