Utama Drama Korea Ahn Hyoseop, Lee Sungkyung & Han Sukkyu Dalam Perbincangan Untuk Bintangi ‘Dr....

Ahn Hyoseop, Lee Sungkyung & Han Sukkyu Dalam Perbincangan Untuk Bintangi ‘Dr. Romantic 3’

dr. romantic 3

Buat mereka yang setia menonton musim pertama dan kedua “Dr. Romantic”, drama itu nampaknya akan menemui penonton dengan musim ketiga tidak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Dr. Romantic” mengikuti kisah Cikgu Kim, yang pernah menjadi doktor terkenal yang muncul semula di sebuah hospital kecil yang lama dan mengajar pakar bedah muda. Pada episod terakhir musim 2, drama tersebut telah berjaya mencatat rating tertinggi sebanyak 27.1%.

Terbaru menurut laporan, pasukan produksi “Dr. Romantic 3” telah mula membincangkan anggaran masa penggambaran, bersama pelakon utama dari musim 2 termasuk Han Suk-kyu, Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung.

dr. romantic 3

Tambahan, “Dr. Romantic 3” juga dijangka akan memulakan penggambaran pada November ini selepas selesai jadual projek seterusnya.

Turut difahamkan kebanyakan pelakon yang muncul dalam musim 2, mempunyai minat yang tinggi untuk muncul dalam musim 3 kerana mempunyai rasa sayang yang mendalam terhadap siri tersebut.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai “Dr. Romantic 3”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...