Pasangan baru Yoona untuk filem “2 O’Clock Date” telah pun dimumkan baru-baru ini!
Syarikat produksi Filmmaker R&K berkongsi bahawa Yoona dan Ahn Bo-hyun sudah disahkan menjadi teraju utama untuk filem romantik berkenaan. Asalnya ditawarkan untuk Kim Seon-ho namun lelaki itu digantikan dek kontroversi yang melibatkan dirinya dengan bekas kekasih tak lama dahulu.
Naskhah komedi romantik ini menceritakan kisah seorang wanita dengan rahsia besar dan seorang lelaki yang tinggal di tingkat atas rumahnya. Filem manis ini mengikuti kehidupan mereka yang asyik terserempak kerana berjiran.
Bagi filem omnibus “Dog Days” pula, khabarnya Lee Hyun-woo bakal menyertai barisan pelakon naskhah berkenaan. Ianya membawa kisah pelbagai individu yang berkongsi cerita dan memujuk satu sama lain mengenai haiwan peliharaan mereka di sebuah hospital haiwan.
Dua-dua filem ini akan dirancang akan menemui penonton pada tahun hadapan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.