Ikuti Kami:

“Ahli Terluka Dek Komen Buruk” – Ahli Wanita Dikritik Keterlaluan, Pengarah ‘The Sixth Sense’ Beri Respon

“Ahli Terluka Dek Komen Buruk” – Ahli Wanita Dikritik Keterlaluan, Pengarah ‘The Sixth Sense’ Beri Respon

Bertahun bersama, kesemua ahli nampak serasi bersama. Disebabkan hanya Yoo Jae-suk dan Lee Sang-yeob ahli lelaki, jadinya ahli wanita yang lain selesa bersembang mengenai topik yang dianggap ‘taboo’ seperti kitaran haid dan bahagian badan yang peribadi.

Oleh kerana ‘kebebasan’ itu, ada segelintir penonton yang menegur tindakan para wanita itu yang dianggap kurang sopan dan tidak sensitif. Meskipun tiada siapa yang menunding jari terhadap aksi itu dalam musim-musim lalu namun ianya antara ‘titik’ yang sering dibincangkan penonton musim ini.

jung chulmin the sixth sense

Ulas Jung Chul-min PD mengenai hal ini,

Kadang-kadang, agak sukar apabila ahli terluka dek respon buruk. Tak sepatutnya ahli disalahkan, ianya patut diletakkan atas kesilapan produksi.

Jelasnya,

Saya yang selalu menyunting, jadi saya yang sering melebih dan meminta mereka supaya bekerja lebih keras. Kami banyak mempercayai antara satu sama lain dalam aspek itu. Salah saya kerana tidak mengambil kira reaksi negatif itu. Semua orang berlagak berani, tapi hati sakit, ‘Saya yang sepatutnya dicaci, saya akan lebih berhati-hati.’ Suasananya sangat menyeronokkan ketika musim pertama dan kedua, namun ada yang tak menyukainya. Saya rasa ianya seperti empat musim. Sepatutnya saya memberi respon dengan pantas tapi kalau cuba padankan semua, pastinya warna akan hilang. Apa pun, saya merasakan bahawa kritikan itu berasas.

tvn the sixth sense 3

Dalam pada itu, Jung Chul-min memuji Yoo Jae-suk kerana menjadi ‘orang tengah’ dalam meleraikan suasana dengan tetamu dan ahli lain. Malah dia juga merupakan pembakar semangat untuk mereka semua lantas membuatkan produser itu berterima kasih dengannya.

Biasalah orang kritik kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...