Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Seperti Tak Selesa, Netizen Kritik Perilaku Ahli Wanita ‘The Sixth Sense’ Keterlaluan?

Yoo Jaesuk Seperti Tak Selesa, Netizen Kritik Perilaku Ahli Wanita ‘The Sixth Sense’ Keterlaluan?

Tidak dinafikan bahawa “The Sixth Sense” merupakan antara program realiti yang disukai ramai.

Ianya menjadi tarikan ramai pada awalnya kerana Yoo Jae-suk buat pertama kalinya dikelilingi oleh bunga sahaja iaitu Oh Na-ra, Jessi, Jun So-min dan Lee Mi-joo sebelum disertai oleh Lee Sang-yeob pada musim kedua.

Meskipun mendapat sambutan kerana ahli wanita yang langsung tidak ‘cover’ dan lantang menyuarakan isi hati mereka namun sepertinya penonton berasa kurang selesa kini dengan perilaku beberapa ahli program tersebut.

Mungkin menganggap Yoo Jae-suk sebagai abang sendiri tetapi topik perbualan mereka kadang-kadang dianggap keterlaluan. Contohnya ketika Lee Mi-joo tidak segan menceritakan mengenai hal haidnya di hadapan lelaki itu selain tidak kisah menanyakan mengenai kitaran haidnya.

yoo jaesuk the sixth sense 3

Kata Yoo Jae-suk malu,

Jangan cakap mengenai hal itu. Bagus kerana awak menganggap saya seperti abang sendiri, tapi tolong kawal diri.

Mungkin ingin membawa personaliti ‘open-minded’ tapi rata-rata penonton meminta Lee Mi-joo supaya berjaga-jaga memandangkan Yoo Jae-suk sudah pun berkeluarga dan kurang manis sekiranya bersembang mengenai perkara berkenaan sewenangnya.

Tak kurang juga, ada yang mengungkit mengenai ahli Lovelyz itu yang pernah dikecam sebelum ini kerana bertanyakan soalan tidak sensitif kepada seorang pelajar lelaki mengenai kehidupan seksualnya dalam program ‘Mijoo Pickchu’.

Antara soalan yang menimbulkan kecaman ramai pada ketika itu ialah, ‘Sejauh mana awak dah ‘buat’ dengan teman wanita awak?’, ‘Mesti awak dah ‘buat’ sejauh yang boleh kan?’, dan ‘Adakah awak ini lelaki?’ apabila pelajar itu mengatakan bahawa dia hanya pernah bercium sahaja. Walau bagaimanapun, Lee Mi-joo telah memohon maaf mengenai perihal itu selepas menerima kritikan ramai.

lee mijoo

Selain itu, babak di mana pelawak Lee Eun-ji melanggar dada Yoo Jae-suk juga turut membuatkan ramai kurang senang. Ini kerana lelaki itu yang nyata kelihatan tidak selesa meskipun hanya tertawa,

Saya benar-benar terkejut.

Malah ahli wanita “The Sixth Sense” turut meluahkan rasa kecewa mereka,

Kenapa awak tak buat seperti itu dengan kami?

Dalam pada itu, mereka juga tidak kisah berkelakuan ‘seksi’ di hadapan Lee Sang-yeob dan Yoo Jae-suk. Contohnya ketika Yoo Jae-suk meminta Jun So-min membiarkan sahaja ‘vest’ yang dipakai wanita itu memandangkan ianya jarang. Namun pelakon tersebut mengambil kesempatan untuk berkelakuan seksi sebagai tanda usikan. Bahkan dia juga beberapa kali melakukan lawak dewasa di dalam episod terbaru ini termasuk mengusik mengenai dada Lee Mi-joo apabila butang bajunya tercabut.

Jun somin the sixth sense

Meskipun terdapat kritikan, namun segelintir penonton berasa terhibur melihat perangai setiap ahli wanita program itu. Ianya kerana jarang untuk wanita berkelakuan bebas di hadapan televisyen, tidak seperti lelaki yang sering mendapat pujian ramai. Boleh dikatakan, Jessi, Jun So-min, Oh Na-ra dan Lee Mi-joo mencipta revolusi baru dalam dunia hiburan Korea, betul tak?

Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...