Ikuti Kami:

“Ahli Lain Minta Maaf..” – Penonton Kecam, Pengarah Ulas Tuduhan Ji Sukjin Dibuli Ahli ‘Running Man’

“Ahli Lain Minta Maaf..” – Penonton Kecam, Pengarah Ulas Tuduhan Ji Sukjin Dibuli Ahli ‘Running Man’

Apabila kita sudah mengenali satu sama lain dengan lama, sudah pastinya hubungan yang rapat itu ada kalanya sukar difahami orang lain.

Seperti juga hubungan ahli “Running Man” yang sudah pun seperti adik-beradik sementelah mereka ‘berlari’ bersama selama 13 tahun. Pun begitu, ada ketika para penonton mengecam tindakan ahli lain yang suka memotong kata-kata ‘abang sulung’ Ji Suk-jin selain tidak mengambilnya dengan serius.

Mengulas mengenai hal ini, respon pengarah produksi Choi Hyung-in,

Ji Suk-jin sebenarnya menerima dengan gembira dan mengatakan bahawa dia tidak menyangka penonton memikirkan halnya sedalam ini, ‘Ramai yang menyokong saya’. Salah saya, saya sepatutnya menyunting dengan baik tetapi tidak. Ahli lain turut memohon maaf dan saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini. Mereka juga berjanji akan menjaga batasan pada masa hadapan.

sbs running man

Jelasnya lagi, penonton hanya melihat sesi usik-mengusik dalam siaran tapi sebenarnya mereka sentiasa mengelilingi Ji Suk-jin untuk bersembang di sebalik tabir. Disebabkan dia ahli tertua, mereka berasa selesa untuk bergurau bersama.

Saya juga mahu bergurau senda seperti itu bersama junior apabila saya tua nanti. Haha juga menggelar Ji Suk-jin sebagai figura contoh buatnya.

Mereka okay sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...