Ikuti Kami:

Ahli Lain Kantoikan, Idola & Pelakon Ini Mengaku Kahwin Senyap-Senyap & Dah Miliki Anak

Ahli Lain Kantoikan, Idola & Pelakon Ini Mengaku Kahwin Senyap-Senyap & Dah Miliki Anak

Sung-joo dari UNIQ telah mengesahkan khabar angin bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Baru-baru ini, media China telah membuat spekulasi bahawa Sung-joo mungkin sudah mempunyai isteri dan anak dek satu rahsia yang terbongkar ketika siaran langsung sempena hari jadinya. Ketika itu, Sung-joo memainkan mesej audio dari seorang ahli lain UNIQ iaitu Wenhan, yang bertanya,

Adakah anak lelaki awak sedang tidur sekarang? Beritahu dia untuk datang segera dan memeluk bapa saudaranya.

Selepas memainkan mesej tersebut, Sung-joo dengan cepat mengakhiri siaran langsung itu, lantas membuka ruang yang luas mengenai perdebatan mengenai statusnya di laman atas talian.

sungjoo uniq

Terbaru, lelaki itu secara peribadi telah memuat naik respon mengenai isu itu di Instagram miliknya,

Hello, ini adalah Kim Sung-joo.

Saya meminta maaf kerana baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai dengan berita dalam laman komuniti atas talian dan media sosial, selain tidak memaparkan diri saya dengan jujur.

Walaupun saya ingin segera menyampaikan berita ini kepada peminat yang sentiasa menyokong dan menyampaikan cinta buat saya, saya tidak dapat memberitahu anda kerana saya perlu berjaga-jaga dengan situasi ini.

Walaupun saya lewat, saya ingin memberitahu dengan jujur, dan saya akan menuju masa hadapan dengan indah bersama keluarga saya yang berharga sebagai seorang bapa dan suami yang rajin.

Terima kasih.

Bagi yang tidak mengenali, Sung-joo juga pernah memaparkan bakat lakonan dalam drama pendek “You Drive Me Crazy” di samping Kim Seon-ho suatu ketika dahulu.

Ucap tahniah dah lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...