Ikuti Kami:

Agensi Terus Berdalih, Song Jihyo Ditipu RM3.4 Juta?

Agensi Terus Berdalih, Song Jihyo Ditipu RM3.4 Juta?

Siapa sangka agensi yang diharapkan dapat membantu melonjakkan kerjaya, akhirnya menjadi batu penghalang kini.

Selepas berbulan berjanji, media melaporkan bahawa mereka menerima respon dingin dari pihak Uzurocks Entertainment mengenai bayaran yang tertangguh,

Kami sibuk kini dan akan menghubungi kemudian.

Respon wakil guaman pelakon wanita itu pula,

Dia masih belum menerima bayaran penyelesaian. Selain dari penghantaran bukti kandungan kontrak, kami tak pernah menghubungi mereka dahulu. Kalau hubungi pun, bukannya mereka akan membayar wang penyelesaian dengan pantas kan?

song jihyo

Untuk pengetahuan, Song Ji-hyo membatalkan kontraknya bersama agensi itu selepas 6 bulan bersama pada April dek kegagalan mereka untuk membayar pendapatan tertangguh sebanyak 984 juta won (RM3.4 juta). Namun bayaran itu sudah pun tertangguh hingga Julai kini.

Sepatutnya menerima bayaran pada 20 Julai, Song Ji-hyo dan staf teraniaya masih lagi tidak mendapat wang berkenaan. Luah seorang staf yang turut terpalit dek isu ini,

Saya tak tahu pun bayaran patut diberikan hari ini dan saya tidak ada menerima panggilan dari sesiapa yang meninggalkan syarikat itu.

Melihatkan respon agensi itu yang tidak serius selain asyik mengatakan bahawa mereka akan memberikan bayaran sejurus selepas wang pelaburan antarabangsa dimasukkan, ramai tertanya-tanya adakah pelakon tersebut akan menerima duitnya itu.

Harap keadilan berpihak pada Song Ji-hyo..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...