Selepas berdiam diri, akhirnya ada cerita mengenai Ji Suk-jin yang sepertinya turut terkesan dengan kepincangan pengurusan Uzurocks.
BACA: “Dia Jaga Kami” – Agensi Hutang RM3 Juta, Dispatch Kongsi Kebaikan Song Jihyo Bantu Staf Teraniaya
Terbaru, terdapat laporan mengatakan bahawa Ji Suk-jin ada ketika turut memberikan bayaran buat staf yang bekerja bersamanya. Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pekerja di Uzurocks, lelaki itu sering bertanya setiap hari sama ada pekerja seperti pengurus dan jurugaya dibayar dengan baik.
Apabila mengetahui bahawa ramai menghadapi masalah bayaran, Ji Suk-jin tampil dan memberikan wang dari poketnya sendiri,
Kalau lah seorang selebriti pun memberikan 5 staf dengan bayaran 2 juta won, ianya sudah mencapai 10 juta won. Ianya satu jumlah yang besar.
Kongsi staf lain, dia ‘menjaga staf lain seperti keluarga dan bertanya setiap hari jika mereka menerima gaji bulanan’.
Bukan itu sahaja, laporan mengatakan bahawa Ji Suk-jin cuba mengelak daripada hal ini daripada sampai ke pengetahuan umum.
Dalam pada itu, Dispatch turut melaporkan bahawa Song Ji-hyo turut mengeluarkan duit sendiri untuk menjaga kebajikan staf yang dalam kesusahan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉