Ikuti Kami:

“Dia Jaga Kami” – Agensi Hutang RM3 Juta, Dispatch Kongsi Kebaikan Song Jihyo Bantu Staf Teraniaya

“Dia Jaga Kami” – Agensi Hutang RM3 Juta, Dispatch Kongsi Kebaikan Song Jihyo Bantu Staf Teraniaya

Sepertinya banyak cerita yang tidak terungkap berkaitan kemelut antara Song Ji-hyo dan agensi Uzurocks.

Sudah beberapa kali tertangguh sepanjang 2 bulan, masih belum kelihatan baki bayaran yang sepatutnya dilangsaikan. Malah kini agensi itu meminta penangguhan hingga Jun untuk membyar semula Song Ji-hyo.

Menerusi pendedahan Dispatch, khabarnya Uzurocks berhutang sebanyak 900 juta won (RM3.04 juta) pada wanita itu selain turut perlu melunaskan wang sebanyak 2.17 juta won (RM7,332) pada ‘A’, 1 juta won (RM3,379) pada ‘B’ dan 2.1 juta won (RM7,096) pada ‘C’.

Staf teraniaya

Lapor media itu mengenai luahan Song Ji-hyo,

Saya boleh hidup tanpa wang itu sekarang. Tapi para staf akan ada kredit buruk, kad kredit disekat dan talian telefon dipotong. Bayaran sewa 2 juta won Porsche milik CEO Uzurocks ialah kemewahan tapi 2 juta won yang diterima staf ini ada kemewahan. Hidup in ialah satu bulatan.

song jihyo

Bukan itu sahaja, Song Ji-hyo dikhabarkan melangkah ke hadapan mengenai isu ini dengan harapan agar semua staf teraniaya akan mendapat semula gaji mereka. Walaupun dia sendiri tidak menerima bayaran lagi sejak menandatangani kontrak bersama mereka, namun dia lebih risaukan kebajikan pekerja.

Ulas salah seorang staf,

Song Ji-hyo berikan kad miliknya pada saya dan saya bayar perbelanjaan di set menggunakannya.

Untuk pengetahuan, pengurusan Uzurocks juga adalah ‘unik’ di mana pengurus membelanjakan kos menggunakan kad peribadi dahulu sebelum menuntut bayaran semula daripada syarikat. Ia digelar sebagai ‘sistem perbelanjaan resolusi’. Pun begitu, sistem ini tidak dipraktikkan sebaiknya.

Penipuan Uzurocks

Park Joo-nam yang sudah pun meletakkan jawatan sebagai CEO Uzurocks baru-baru ini didedahkan sebagai penipu yang obses mahu hidup bergaya. Lelaki itu berlagak dengan orang sekeliling mengatakan bahawa dia bernilai jutaan ringgit namun sebenarnya dikelilingi hutang.

Tak cukup dengan itu, Uzurocks turut terpalit dengan perniagaan ‘scam’ di mana mereka memerah wang dari ahli gimnasium milik mereka. Dijangka hampir 600 ahli termasuk staf dan artis yang terbeban dengan kerosakan kewangan dek penipuan ini.

Kongsi seorang ahli di gim itu,

Bayangkan syarikat yang ada Song Ji-hyo tetap meminta bayaran keahlian dari ahlinya?

song jihyo

Bantuan Song Ji-hyo

Disebabkan oleh masalah yang kian bertimbun, Song Ji-hyo memilih untuk mengambil tindakan undang-undang dan mula menghantar lima permintaan bayaran daripada syarikat sejak 2 Mei. Setiap kali ditanya, Uzurocks pastinya akan memberikan alasan seperti “kami akan menghantarnya nanti”, “akaun bank syarikat dibekukan”, “kami akan menerima pelaburan dari luar negara tak lama lagi” atau “pelabur sudah tiba di Korea kini”.

Mengikut cerita staf yang teraniaya, pelakon wanita itu membantu mereka yang kesuntukan wang kerana situasi kehidupan tak dijangka. Kata salah seorang dari mereka,

Tahun lepas, saya alami kemalangan. Saya lalui dua kemalangan dan bil hospital mencecah hingga 10 juta won (RM33,745). Saya tak dapat melakukan kerja dari rumah dan Song Ji-hyo melunaskan bil itu.

Kerana COVID-19, penjaga saya tak dapat melawat pada ketika itu. Tapi Song Ji-hyo datang di malam hari untuk bercakap dengan saya. Dia berada dis ebealh saya semasa saya dimasukkan di bilik kecemasan dan dia berada di sebelah semasa saya discaj. Semua doktor terkejut.

Kongsi staf lain,

Song Ji-hyo selalu membayar tambang teksi setiap kali habis aktiviti. Apabila pengurus sibuk, dia sendiri yang akan membawa kami ke jadual seterusnya. Pada saya, dia bukan selebriti tapi seorang kakak.

Semoga keadilan berpihak pada Song Ji-hyo.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...