Nampaknya, peminat akan dapat lihat pelbagai kerjasama antara Jung-kook dan Calvin Klein pada masa akan datang.
Baru-baru ini, Jung-kook BTS telah terlibat dengan satu temu bual khas bersama Vogue Korea, susulan pelantikannya sebagai duta global buat jenama Calvin Klein.
Ketika ditanya apakah item kegemarannya dari jenama tersebut, idola itu menjawab,
Calvin Klein adalah sebahagian dari kehidupan saya. Saya sering memakai seluar dalam Calvin Klein. Ia selesa dan menimbulkan keyakinan.
Kemudian, Jung-kook juga turut berkongsi bahawa dia malu ketika melakukan penggambaran untuk pakaian Calvin Klein atas sebab,
Agak memalukan sebab saya memakai jaket tanpa apa-apa di dalamnya di hadapan orang ramai.
Mengenai keputusan terbaik yang pernah dia buat baru-baru ini, penyanyi lelaki itu berkongsi,
Apabila saya menjadi duta global untuk Calvin Klein!
Seksi la Jung-kook!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉