Utama Drama Korea “Agak-Agak La..” – ‘A Time Called You’ Dikritik Dek Beri Gambaran Tak...

“Agak-Agak La..” – ‘A Time Called You’ Dikritik Dek Beri Gambaran Tak Realistik Di Korea

a time called you

Drama “A Time Called You” telah menerima kritikan dari penonton Korea, eh tapi kenapa pula?

Bagi yang belum tahu, siri Netflix “A Time Called You” adalah adaptasi dari filem popular Taiwan, dengar latar belakang dari tahun 1998 di Korea Selatan.

Bagaimanapaun, ada yang meluahkan rasa kecewa mereka kerana mendapati bahawa cara drama tersebut menggambarkan situasi di tahun 1998 di Korea Selatan adalah sama sekali tidak realistik, membuatkan mereka sukar untuk fokus.

a time called you

Pertama sekali, kebanyakan pelajar sekolah menengah pada ketika itu tidak dibenarkan memandu skuter kerana mereka memerlukan lesen, dan dianggap melanggar undang-undang jika tetap melakukan demikian. Bagaimanapun, kedua-dua watak utama lelaki itu merupakan pelajar contoh dan mereka tetap dilihat mempunyai tingkah laku delinkuen.

Kemudian, kebanyakan sekolah pada tahun 90-an juga menggunakan kapur untuk menulis di papan tulis dan bukannya menggunakan pen penanda seperti yang ditunjukkan dalam drama berkenaan.

a time called you

Akhir sekali, netizen turut mendapati bahawa pakaian seragam sekolah yang dipakai pelajar adalah jauh berbeza dari gaya sebenar yang dipakai pada tahun 1998. Ada yang menyatakan gambaran yang lebih tepat adalah seperti dalam drama “Reply 1997”, di mana pakaian seragam sekolah adalah labuh dan polos. Pelajar perempuan juga memakai tali leher dan bukannya reben.

Haihh..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERThe Qoo
Loading...