aespa membuktikan bahawa mereka merupakan antara kumpulan wanita generasi ke-4 paling popular kini.
SM Entertainment mengumumkan pada pagi ini bahawa album mini kedua aespa bertajuk “Girls” mencapai pra-tempahan sebanyak 1 juta di Korea dan Amerika Syarikat.
Bermula sejak 2 Jun, ianya mencapai 1 juta tempahan sekaligus menjanjikan penjualan setinggi itu ketika ia diriliskan secara rasmi nanti.

Untuk pengetahuan, “Girls” bakal dilancarkan di Amerika Syarikat dan Korea pada 8 Julai nanti manakala single “Life’s Too Short” pula akan diriliskan semula pada 24 Jun nanti.
Dalam pada itu, aespa bakal menyertai SMCU Premium Event Ep.2 Pada 19 Jun ini.
Hebat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




