Ikuti Kami:

“Adakah Semua Itu Perlu?” – Jihyo TWICE Kongsi Bagaimana Kekal Rasa Bahagia

“Adakah Semua Itu Perlu?” – Jihyo TWICE Kongsi Bagaimana Kekal Rasa Bahagia

Korang ada cara tersendiri tak untuk kekalkan kebahagiaan sendiri?

Kali ini, kami nak kongsikan bersama korang pandangan Jihyo TWICE mengenai kebahagiaan dan bagaimana dia mengekalkannya.

Baru-baru ini, Jihyo tampil dalam satu sesi temu bual bersama GQ Korea, di mana idola wanita akan berkongsi mengenai kerjaya dan kehidupan peribadi mereka. Menurut Jihyo, dia tidak lagi mahu mengejar matlamatnya seperti yang dibayangkan dulu.

Sebagai TWICE, kami menetapkan matlamat seperti mendapat tempat pertama dalam rancangan muzik, ataupun mendominasi carta muzik. Namun, bila saya sudah mencapai semua itu, saya mula terfikir adakah terlalu awal atau saya patut impikan sesuatu yang lebih besar lain kali. 

jihyoDia kemudian menambah,

Bagaimanapun, saya mula muhasabah diri. Tak boleh kah saya biarkan semua perkara bergerak mengikut takdir? Saya juga mula persoalkan adakah meletakkan matlamat dan terus mencapai matlamat tersebut, sesuatu yang wajib? Sudah memadai jika kita ada cita-cita dan kita mencapainya dengan tenang tanpa tekanan.

Melihat kepada perubahan kepada sikap diri sendiri, Jihyo berkata

Saya rasa saya sudah mula nampak betapa gembiranya saya kebelakangan ini. Saya rasa sikap positif saya sudah membaik tahun ini dan kehidupan saya jadi kurang tegang dan lebih tenang. 

jihyoDia menyambung,

Sekarang, saya hanya perlu cari sekecil-kecil kebahagiaan setiap hari, sama ada berborak dengan staf sewaktu berdandan atau makanan yang sedap, semuanya boleh akhiri hari saya dengan gembira. 

Saya masih mempunyai kehidupan yang jauh nanti. Saya tak mahu bazirkan usia muda saya dengan menyukarkan semua perkara. Walaupun saya tak berpuas hati sepenuhnya, paling tidak pun, saya mahu ingat semula perkara kecil yang bahagiakan saya. 

Baguslah ada fikiran seperti itu… semoga bahagia terus ya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...