Ikuti Kami:

“Adakah Itu Perkara Baik?” – Lakonan Dalam ‘Why Her?’ Dipuji, Seo Hyunjin Ulas Populariti Kini

“Adakah Itu Perkara Baik?” – Lakonan Dalam ‘Why Her?’ Dipuji, Seo Hyunjin Ulas Populariti Kini

Lakonan Seo Hyun-jin dalam “Why Her?” memang menyerlah, kan?

Baru-baru ini, Seo Hyun-jin telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar. Semasa sesi temu bual, pelakon itu bercakap mengenai dramanya “Why Her?” yang sedang menjadi bualan ramai kini.

Tambahan, drama itu turut menjadikan Seo Hyun-jin semakin dikenali dek bakat lakonannya yang hebat. Mengenai popularitinya yang semakin meningkat, dia mengulas,

Saya sebenarnya tertanya-tanya sama ada itu perkara yang baik. Drama itu pasti menarik untuk membuatkan penonton menontonnya sehingga tamat. Mereka tidak akan menonton rancangan 16 episod, setiap episod berdurasi 60 hingga 70 minit, hanya kerana seorang pelakon menonjol.

seo hyunjin

Untuk pengetahuan, Seo Hyun-jin juga diberi gelaran sebagai pelakon yang ‘tidak pernah gagal’ dek keberkesanannya dalam memainkan watak bagi setiap drama lakonannya. Mengenai itu, Seo Hyun-jin menjelaskan,

Saya mula berasa bertanggungjawab semasa saya bekerja untuk ‘Beauty Inside’. Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya seorang penonton yang menonton episod perdana kerana mereka percaya kepada saya, saya tidak mahu mengecewakan mereka.

Akhir sekali, Seo Hyun-jin menyatakan cita-cita dan keinginannya sebagai seorang pelakon dengan berkata,

Walaupun untuk seketika, saya mahu menarik penonton ke alam semesta yang kami cipta.

sbs why her

Bagi yang belum tahu, “Why Her?” ialah sebuah drama menceritakan tentang seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan mencapai kejayaan dengan cara yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya.

Best kan Seo Hyun-jin berlakon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...