Ikuti Kami:

“Ada Yang Tak Terima” – Kembali Aktif Selepas 2 Tahun, Jimin Bekas Ahli AOA Akui Takut

“Ada Yang Tak Terima” – Kembali Aktif Selepas 2 Tahun, Jimin Bekas Ahli AOA Akui Takut

Selepas dua tahun menghilangkan diri dek kontroversi membuli Mina ketika masih dalam AOA, Jimin akhirnya membuat kemunculan semula di kaca televisyen.

Menerusi program terbaru JTBC iaitu “The Second World”, wanita itu merupakan antara 8 penyanyi rap lain yang bakal menonjolkan bakat nyanyian untuk tontonan umum.

Sudah lama jauh dari pandangan ramai, Jimin berkongsi mengenai kehidupannya sepanjang tempoh dua tahun itu dalam episod pertama rancangan tersebut,

Selepas kontroversi itu, saya menghabiskan masa berasa kosong di dalam rumah tanpa membuka lampu pun. Saya tak boleh buat apa-apa dan tak boleh tidur dengan baik. Adik saya akan datang dan tidur di sebelah bersama saya. Kemudian, masa berlalu dan saya turut kehilangan berat hingga mencecah 39kg dahulu.

jimin second world

Tambahnya,

Berbulan-bulan, saya tidak berjumpa orang dan hidup tanpa melayari Internet. Saya hanya akan memancing dan melupuskan segala fikiran. Ianya sangat menenangkan. Kemudian, saya terfikir untuk bermula semula.

Tidak boleh berhenti menyanyi begitu sahaja, akui Jimin,

Saya berasa takut dan risau, terfikir sama ada orang akan menerima saya semula.

jimin second world

Dalam pada itu, Jimin menjelaskan bahawa dia masih mahu berdiri di atas pentas dan tidak mensia-siakan peluang yang ada ini.

Good luck Jimin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...