Ikuti Kami:

“Ada Yang Ejek Kami Dulu..” – Ahli Nangis & Marah, BTS Kongsi Kisah Duka Kumpulan Waktu Awal Debut

“Ada Yang Ejek Kami Dulu..” – Ahli Nangis & Marah, BTS Kongsi Kisah Duka Kumpulan Waktu Awal Debut

Bukan mudah tau untuk BTS berjaya menempa nama dalam dunia industri hiburan seperti sekarang..

Baru-baru ini, BTS telah melancarkan buku mereka sendiri berjudul “BEYOND THE STORY : 10-YEAR RECORD OF BTS”, berkongsi kisah suka duka kumpulan sejak sebelum debut lagi.

Terbaru, seorang peminat telah berkongsi beberapa muka surat dari buku itu, yang menceritakan tentang persaingan dan ketegangan yang terpaksa dihadapi semua hali ketika awal kerjaya mereka dalam industri hiburan.

bts beyond the story

Dalam petikan itu, J-Hope berkongsi,

Ia sangat sukar ketika sedang mempromosikan ‘Danger’. Waktu itu, kami membuat comeback dengan ‘Danger’ dan  kami hadir di program muzik yang mengumumkan pemenang nombor satu. Kami diwajibkan untuk hadir di atas pentas ketika siaran langsung tapi apa yang mengejutkan, kami baru tahu yang kami tidak dicalonkan pun untuk pemenang.

Jelas V lagi mengenai situasi tersebut,

Tidak mengapa kumpulan lain dicalonkan untuk nombor 1 kerana kami hanya perlu lebih bekerja keras. Setiap kali pergi ke stesen penyiaran, kami sentiasa menyapa semua orang sama ada senior atau junior. Tetapi, ada yang mengendahkan sapaan kami malah ada yang mengejek kami kerana tidak dicalonkan sebagai nombor 1.

bts beyond the story

Sambungnya lagi dengan memberitahu perasaan semua ahli,

Selepas siaran, kami semua menaiki kenderaan yang sama, ada yang nangis, ada yang marah malah ada yang tak mampu untuk berkata apa-apa kerana kesedihan yang kami tak dapat luahkan. Ketika itulah kami fikir, ‘Kami harus berjaya supaya tiada siapa boleh memandang rendah kami.’ Kami mempunyai keazaman dalam satu hati untuk menjadi kumpulan yang menakjubkan.

Siapa yang ejek BTS dulu tu mesti tengah malu sekarang..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...