Kurang dari sebulan, program “Seojin’s Home” bakal menemui penonton tak lama lagi!
Terbaru pada 27 Januari, tvN telah melancarkan poster dan butiran rancangan yang sangat dinanti-nantikan iaitu “Seojin’s Home”.
Untuk pengetahuan, “Seojin’s Home” diarahkan oleh pengarah Na Young-seok, adalah spin-off dari program “Youn’s Kitchen” yang akan mengikuti ahli membuka restoran menjual makanan jalanan Korea di Mexico.
Menerusi poster yang dikeluarkan, ahli tetap Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS dilihat akan ikut turut serta dalam program ini.
https://twitter.com/chtvn/status/1618760698099634179?s=20&t=Uu1bq8iJ67B2_Rds4Zv0Pw
Dalam pada itu, “Seojin’s Home” akan disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula dari 24 Februari ini.
Sementara tunggu tarikh tayangan, jom tonton video teaser di atas!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉