Sudah lama menceburi bidang lakonan, Son Ye-jin pastinya ingin mencuba pelbagai perkara baru sebagai pelakon.
Baru-baru ini, agensi mengumumkan bahawa Son Ye-jin telah menerima tawaran untuk terajui drama sejarah Netflix baru “Scandal” dan sedang menelitinya kini.
Untuk pengetahuan, drama ini diadaptasi dari filem “Untold Scandal”, mengikuti permainan cinta antara Lady Cho dan Jo Won di Dinasti Joseon, bertujuan untuk menggoda bapa saudara mereka yang tidak bersalah.
Khususnya, filem yang ditayangkan pada 2003 itu mengandungi kandungan yang sangat seksual, membuatkan beberapa netizen tidak setuju dengan penglibatan Son Ye-jin.
Tambahan pula, drama “Scandal” ini akan diarahkan oleh E J-yong, yang juga pernah mengarahkan filem ‘matang’ lain seperti “Eungyo” dan “Somebody”.
Antara komen netizen,
- Kenapa Son Ye-jin..jangan terima please..
- Pelakon dah best, tapi plot pulak aduh.
- Kenapa semua K-Drama sekarang nak kena ada unsur seksual?
- Son Ye-jin, kenapa?!
Sementara itu, Ji Chang-wook juga telah dilamar untuk membintangi drama yang sama dan masih dalam perbincangan.
Hmm apa pendapat korang?