Ikuti Kami:

“Ada Tak Kawan Lelaki Pernah Ajak Awak Keluar Dating?” – Respon Jisoo BP Jadi Perhatian

“Ada Tak Kawan Lelaki Pernah Ajak Awak Keluar Dating?” – Respon Jisoo BP Jadi Perhatian

Sebagai seorang selebriti popular, pasti ramai yang ingin cuba untuk berkawan rapat dengan Ji-soo BLACKPINK.

Baru-baru ini, Ji-soo telah tampil dalam program “Dingdae” di YouTube, di mana dia bersama Jin-woo WINNER ada berborak mengenai isu sama ada lelaki dan wanita boleh berkawan ataupun tidak. Pada awalnya, ahli BLACKPINK itu ditanya,

Adakah Jin-woo kawan lelaki awak atau apa?

Respon Ji-soo,

Kawan lelaki. Kalau awak dah lebih 10 tahun dengan dia, boleh menjadi kawan.

Kemudian, mengenai soalan sama ada Ji-soo pernah diajak keluar dating oleh rakan lelakinya, dia menjawab,

Tidak pernah. Sebab saya fikir kalau kami adalah kawan, ia akan ada batas yang jelas. Kawan lelaki itu juga tidak akan pernah terfikir seperti ‘Oh, adakah dia suka saya?’. Dia tidak akan pernah terfikir macam tu.

Uuu siapalah lelaki yang akan dapat curi hati Ji-soo nanti..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...