Ramai ke yang masih belum dapat menerima kesudahan dan penamat filem Netflix “20th Century Girl”?

Terbaru, Kim Yoo-jung dan Byun Woo-seok telah berkongsi pelbagai cerita mengenai naskhah berkenaan termasuklah kesudahan yang menerima respon berbelah bagi.
Kata pelakon wanita itu,
Selepas filem ini dibuat, saya melihat ending dan merasakan ia sesuai dengan suasana naskhah itu. Sejujurnya, saya sukakannya.
Jelas Byun Woo-seok pula,
Saya merasakan setiap naskhah mempunyai reaksi pro dan kontra. Saya merasakan respon sebegitu ialah satu perhatian juga. Ini kerana setiap orang mempunyai minat yang berbeza, perbezaan reaksi adalah satu yang normal.
Naskhah romantik ini mengisahkan cinta pertama yang menyakitkan namun membuatkan hati berbunga buat Na Bo-ra (Kim Yoo-jung), seorang gadis berusia 17 tahun pada tahun 1999. Daripada persahabatan yang hadir sebelum cinta dan mereka kembali bertemu pada abad ke-21.
Susah nak ‘move on’..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.