Ikuti Kami:

[REVIEW] Penonton Kesal Lihat Ending, ’20th Century Girl’ No 7 Di Ranking Top 10 Netflix Global Kini

[REVIEW] Penonton Kesal Lihat Ending, ’20th Century Girl’ No 7 Di Ranking Top 10 Netflix Global Kini

Sekian lama menanti, akhirnya filem romantik retro “20 th Century Girl” telah ke udara di Netflix pada Jumaat lalu.

Sinopsis

Naskhah romantik ini mengisahkan cinta pertama yang menyakitkan namun membuatkan hati berbunga buat Na Bo-ra (Kim Yoo-jung), seorang gadis berusia 17 tahun pada tahun 1999. Daripada persahabatan yang hadir sebelum cinta dan mereka kembali bertemu pada abad ke-21.

Cinta tiada penamat

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila Bo-ra memulakan misi mengorek segala rahsia mengenai Hyun-jin buat rakannya, Yeon-doo (Roh Yoon-seo) yang menyukai lelaki itu, sementara gadis tersebut menjalani pembedahan jantung di luar negara.

Walau bagaimanapun, Bo-ra juga sepertinya membuka lembaran kisah cinta sendiri apabila bermain cinta bersama rakan baik Hyun-jin (Park Jung-woo) iaitu Woon-ho (Byun Woo-seok).

netflix 20th century girl

Keadaan menjadi huru-hara apabila Yeon-doo pulang dan menjelaskan bahawa Hyun-jin yang dimaksudkan ialah Woon-ho dan Bo-ra tersilap melihat nama mereka. Demi menjaga hubungan baik mereka, Bo-ra memilih untuk berdiam diri mengenai perasaannya terhadap Woon-ho.

Namun Yeon-doo tidak mahu membenarkan hal itu terjadi dan menggalakkan Bo-ra untuk mengejar cintanya. Walaupun mengakui perasaan antara satu sama lain, mereka terpaksa berpisah memandangkan Woon-ho yang perlu pulang ke New Zealand. Pun begitu, semuanya bertukar duka apabila lelaki tersebut berhenti menghubungi Bo-ra secara tiba-tiba pada suatu hari.

Melangkah ke beberapa tahun kemudian, Bo-ra yang sudah melupakan lelaki itu dijemput ke sebuah pameran oleh seorang lelaki bernama Joseph. Sedar bahawa ianya berkaitan dengan Woon-ho Bo-ra hanya mampu berendam air mata apabila diberitahu oleh adik lelaki tersebut bahawa abangnya sudah lama meninggal dunia dan mencintainya sehinnga ke nafas yang terakhir.

netflix 20th century girl

Di akhir filem ini, wanita tersebut menyaksikan klip pendek yang dihasilkan oleh Woon-ho dan kembali mengimbau kisah cinta mereka ketika berusia belasan tahun.

Penonton menangis bersama

Melihatkan filem berkenaan, ramai yang menyamakan kesudahannya dengan drama “Twenty-Five, Twenty One”. Meskipun bermula dengan berbunga-bunga namun endingnya dibalut dengan pahit manis kesudahan cinta pertama.

Walaupun plot sedikit longgar memandangkan kematian Woon-ho tidak dijelaskan dengan lebih lanjut selain momen yang kurang di antara rakan baik, Bo-ra dan Yeon-doo namun kesemua penonton memuji lakonan hebat kesemua teraju utamanya iaitu Kim Yoo-jung, Byun Woo-seok, Roh Yoon-seo dan Park Jung-woo.

netflix 20th century girl

Bukan itu sahaja, filem ini berjaya menduduki tangga ke-7 dalam ranking Netflix Global selepas dua hari tayangan sahaja.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...