Ikuti Kami:

Ada Studio, Vila & Apartmen, Jumlah Hartanah IU Dilaporkan Cecah RM68 Juta

Ada Studio, Vila & Apartmen, Jumlah Hartanah IU Dilaporkan Cecah RM68 Juta

IU memang tidak dinafikan merupakan salah seorang selebriti paling kaya di Korea Selatan.

Dalam siaran 31 Ogos program Mnet “TMI News Show”, senarai ’10 Rumah Kedua Selebriti Terbaik” telah didedahkan. Khususnya, nama IU yang berada di tempat kedua dalam senarai telah menjadi perhatian.

Pada masa kini, IU dilaporkan memiliki sebuah studio peribadi bernilai kira-kira 4.6 bilion won (RM15,226,986) di Gwacheon, Gyeonggi-do, dan juga sebuah apartmen di Cheongdam-dong, yang harga jualannya melebihi 13 bilion won (RM43,032,786) tunai, iaitu tertinggi di Korea.

IU

Bukan itu sahaja, IU juga mempunyai rumah kedua yang terletak di Yangpyeong, iaitu sebuah vila desa dua tingkat dengan keluasan 560 meter persegi. Penyanyi dan pelakon itu membeli kawasan tersebut dalam kira-kira 2.2 bilion won, serta turut membeli tanah di kawasan sekitar itu dengan harta tambahan 800 juta won. Jumlah kos rumah keduanya sahaja ialah 3 bilion won (RM9,930,643).

Untuk pengetahuan, selain IU, ramai selebriti Korea lain yang turut membeli rumah di Yangpyeong, disebabkan lokasinya yang berdekatan bengan bandar Seoul.

Dengan jumlah jualan studio peribadi, apartmen, vila dan kawasan tanah, IU dilaporkan mempunyai hartanah bernilai kira-kira 20.6 bilion won (RM68,185,889) kini.

IU

Kaya betul IU!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...