Ikuti Kami:

Ada ‘Shooting Stars’ & ‘Cleaning Up’, 4 K-Drama Ini Boleh Ditonton Di Netflix Pada Bulan Oktober

Ada ‘Shooting Stars’ & ‘Cleaning Up’, 4 K-Drama Ini Boleh Ditonton Di Netflix Pada Bulan Oktober

Nampaknya, makin ada banyak lagi drama Korea yang boleh ditonton di Netflix nanti!

Drama seperti “Jirisan” dan “Cleaning Up” yang sebelum ini ditayang hanya melalui laman penstriman tertentu, kali ini akan menemui penonton di Netflix.

Jom lihat 4 K-Drama yang akan ditayangkan di Netflix pada Oktober ini:

JIRISAN – 23 OKTOBER

Drama “Jirisan” yang ditayangkan pada 2021 lepas, membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri. Ianya dibintangi pelakon hebat Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon, Jo Han-chul dan ramai lagi.

MISSING: THE OTHER SIDE – 12 OKTOBER

“Missing: The Other Side” adalah drama fantasi misteri ini berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana. Ianya dibintangi Ko Soo, Heo Jun-ho dan Ahn So-hee.

CLEANING UP – 20 OKTOBER

“Cleaning Up” membawa kisah cabaran tiada batas yang tidak dijangka oleh tiga wanita pencuci yang melompat ke dalam peperangan saham selepas terdengar maklumat dalaman pada suatu hari. Di antara kehidupan dan kelangsungan hidup, ia menceritakan kisah tiga pekerja pembersihan yang memegang lembing ‘melonjak ke depan’ di sebelah tangan dan ‘terdesak’ di tangan yang sebelah lagi. Drama ini akan diterajui Yum Jung-ah, Jeon So-min, Kim Jae-hwa, Lee Mu-saeng dan Na In-woo.

SHOOTING STARS – 12 OKTOBER

“Shooting Stars” ialah drama komedi romantik tvN tentang mereka yang bekerja di belakang tabir dalam industri hiburan. Ianya diterajui oleh Lee Sung-kyung sebagai Oh Han-byul, ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan, dan Kim Young-dae yang memainkan watak sebagai musuhnya, bintang senarai A yang membuat masalah, Gong Tae-sung.

Makin banyak la koleksi K-Drama nak tonton ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...