Ikuti Kami:

Ada Sebab Munasabah, Watak Utama 5 K-Drama Ini ‘Digantikan’ Semasa Penggambaran

Ada Sebab Munasabah, Watak Utama 5 K-Drama Ini ‘Digantikan’ Semasa Penggambaran

Kita tidak boleh jangka apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Jom baca perkongsian KimchiDaily kali ini tentang 5 watak utama daripada K-Drama ditukarkan kepada pelakon lain semasa penggambaran dijalankan.

Alchemy of Souls (Jung Somin kepada Go Yoonjung)

kdrama tukar watak utama

Sebab utama penukaran watak dalam “Alchemy Of Souls” sebenarnya adalah berdasarkan plot itu sendiri. Drama ini mengisahkan tentang percintaan bergenre fantasi dan berlatar belakangkan negara fiksyen Daeho, iaitu sebuah negara yang tidak pernah wujud dalam sejarah atau peta dunia.

Drama ini turut mengetengahkan mengenai watak-watak yang nasib mereka berubah selepas disihir seperti Nak-su (Go Yoon-jung) memindahkan jiwanya ke dalam tubuh Mu-deok (Jung So-min). Oleh sebab itu, watak Go Yoon-jung ditukarkan kepada orang lain untuk menampakkan jalan cerita yang sebenar.

Taxi Driver (Naeun kepada Pyo Yejin) 

kdrama tukar watak utama

Na-eun, iaitu bekas kumpulan gadis APRIL juga telah diganti kerana dakwaan terlibat dengan skandal buli. Hal ini didedahkan selepas siaran dalam talian mendakwa pelakon pujaan itu, bersama-sama ahli lain, telah membuli bekas rakan sekumpulan Hyun-joo.

Berikutan kesalahan undang-undang, Na-eun digantikan dengan Pyo Ye-jin sebagai watak Ahn Go-eun dalam “Taxi Driver”. Pyo Ye-jin juga perlu merakam semula 60% babak yang telah dirakam oleh pelakon asal, Naeun.

River Where The Moon Rises (Jisoo kepada Na Inwoo)

kdrama tukar watak utama

Disebabkan pendedahan kes buli Ji-soo ketika zaman sekolah yang menerima kecaman ramai, watak pelakon itu di dalam drama “River Where The Moon Rises” terpaksa digantikan oleh Na In-woo bermula daripada episod ke-7.

Walaubagaimanapun, episod enam terawal drama itu kekal dibuang daripada VOD Korea kerana Ji-soo masih muncul di dalamnya. Oleh sebab itu, rata-rata penonton meminta untuk menonton episod awal tersebut bagi memahami perjalanan cerita itu. Seterusnya memaksa kru produksi dan Na In-woo untuk membuat penggambaran baru bagi 6 episod pertama.

Sponsor (Lee Jihoon kepada Koo Jasung) 

kdrama tukar watak utama

Drama “Sponsor” banyak terpalit dengan kontroversi sebelum ianya ditayangkan. Salah satunya adalah watak utama yang dikatakan sepatutnya dibawa oleh Lee Ji-hoon, telah ditukarkan kepada Koo Ja-sung.

Hal ini berlaku berikutan kontroversi yang dialami Lee Ji-hoon, di mana dia dituduh membawa rakan yang kemudiannya bergaduh bersama seorang staf di set penggambaran. Walaubagaimanapun, Victory Contents serta Lee Ji-hoon telah menjelaskan mengenai salah faham yang berlaku selain memohon maaf kerana menimbulkan kerisauan buat semua.

Return (Go Hyunjung kepada Park Jinhee)

kdrama tukar watak utama

Drama thriller misteri ini pada asalnya dibintangi oleh Go Hyun-jung sebagai Choi Ja-hye, seorang peguam yang menjadi pengacara rancangan undang-undang “Return” dan mendapati dirinya berada di tengah-tengah kes pembunuhan.

Pelakon asal itu meletakkan jawatan selepas tayangan 15 episod kerana ‘perbezaan pendapat’ dengan pengarah. Go Hyun-jung digantikan oleh pelakon Park Jin-hee, yang memainkan watak utama untuk 19 episod seterusnya.

Macam-macam jadi ye..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...