Ikuti Kami:

“Ada Rasa Tak Puas Hati..” – Jeon Somin Menangis Dengar Luahan Haha Buatnya

“Ada Rasa Tak Puas Hati..” – Jeon Somin Menangis Dengar Luahan Haha Buatnya

Dalam pada ahli “Running Man” suka mengusik satu sama lain, ada kala mereka tak lupa untuk menghargai sumbangan masing-masing.

Dalam episod terbaru ini, mereka terus menyambung dari tayangan khas ‘Running Outing: Summer Vacation’.

Selepas puas bermain bersama dan memasak, kesemua ahli diberi kesempatan untuk menulis surat yang menyatakan pujian dan kritikan buat yang lain. Yoo Jae-suk memuji Yang Se-chan dan berkata,

Saya nak memuji Yang Se-chan kerana memasak ayam yang sedap.

Walau bagaimanapun, dia mengutuk Haha,

Haha ialah ahli yang memerlukan penambahbaikan. Dia ni tak boleh lah.. dia sering menghapuskan senyuman saya dan membuatkan saya berasa bersalah, kemudian mabuk dan menjerit sesuka hati.

running man

Pun begitu, Jeon So-min memilih untuk memuji lelaki itu dan berpura-pura menitiskan air mata,

Jikalau ada rasa tak puas hati, lupakan sahaja. Mari kita berdamai di masa hadapan. Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik, walaupun pendek tapi awak seorang dewasa yang baik.

Tapi dia juga mengkritik Haha,

Saya tak selesa melihat awak membuka seluar ketika permainan tadi. Jangan berlagak sangat.

Balas Haha,

Sejujurnya saya sangat gembira, ini ialah pujian terbaik buat saya.

running man

Dalam pada itu, mereka turut bercerita mengenai Jeon So-min yang nampak sedikit jauh dengan ‘adik-adik’ produksi semasa mereka di Filipina. Kata Haha,

Awak seorang je gelak yang lain tiada pun di sebelah ketika itu.

Jawab Jeon So-min perlahan,

Sedihnya…

Ahli yang lain terus mengusik dan mengatakan bahawa wanita itu perlu melihat situasi dan hanya duduk bersama mereka, yang lebih tua sahaja selepas ini.

Ragam adik-beradik sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...