Ikuti Kami:

Ada Rancangan Ke Korea? Lawati 5 Tempat & Festival Menarik Ini Semasa Musim Luruh

Ada Rancangan Ke Korea? Lawati 5 Tempat & Festival Menarik Ini Semasa Musim Luruh

Bagi yang mempunyai perancangan untuk melawat Korea pada musim luruh, September, Oktober dan November merupakan bulan terbaik untuk korang.

Kalau bercakap pasal cuaca pada musim luruh, puratanya ialah 25 darjah celcius ke 27 darjah celcius. Hal ini kerana pada bulan Jun dan Ogos merupakan musim panas yang boleh mencecah 30 darjah celcius ke atas. Selain itu, Oktober adalah musim kemuncak musim gugur daun di Korea Selatan.

Jom baca beberapa tempat dan festival yang korang boleh lawati ketika musim luruh di Korea, yang pastinya memberi pengalaman tidak dapat dilupakan.

Taman Negara Seoraksan 

Taman Negara Seoraksan

Taman Negara Seoraksan menjadi salah satu tempat pertama dan juga paling mengagumkan untuk melihat pemandangan musim luruh. Musim luruh di Seoraksan bermula pada penghujung September, tetapi sampai waktu kemuncak tiga minggu kemudian iaitu pada pertengahan Oktober.

Taman Negara Bukhansan

Taman Negara Bukhasan

Selain dari Taman Negara Seoraksan, korang juga boleh melawat Taman Negara Bukhasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bersama pemandangan gunung yang indah. Taman Negara Bukhansan adalah luar biasa kerana Bukhansan (gunung paling selatan dalam taman) secara teknikalnya terletak di dalam bandar Seoul.

Mungkin kerana kebolehcapaian ini dalam kawasan metropolitan utama, Bukhansan berjaya berada dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai ‘Taman Negara yang Paling Banyak Dilawati di Dunia’.

Pesta Bunga Api Antarabangsa, Pohang

Pesta Bunga Api Antarabangsa, Pohang

Langit Pohang ‘hidup’ semasa festival pada bulan September ini apabila syarikat dari seluruh dunia bersaing untuk mempamerkan pertunjukan bunga api yang paling menakjubkan.

Pesta Kelip-Kelip Muju, Muju

Pesta Kelip-kelip Muju, Muju

Perayaan eko-pelancongan ini diadakan pada awal September dan penghujung Ogos, yang meraikan kelip-kelip Korea Selatan, yang memakan siput paya asli di Muju.

Pesta Kebudayaan Hyoseok, Bongpyeong

Pesta Kebudayaan Hyoseok, Bongpyeong

Korang boleh tangkap gambar di tengah Ladang Bunga Soba di festival pada awal September ini. Ia bertujuan untuk memberi penghormatan kepada pengarang buku Korea, Lee Hyo-seok dan novelnya “When Buckwheat Flowers Bloom”.

Jangan risau tau, korang boleh pergi tempat-tempat ini naik kereta api bawah tanah je.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...