Ikuti Kami:

“Ada ‘Plot Twist'” – Hyeri & Lee Junyoung Kongsi Sebab Wajib Tonton Episod Akhir ‘May I Help You?’

“Ada ‘Plot Twist'” – Hyeri & Lee Junyoung Kongsi Sebab Wajib Tonton Episod Akhir ‘May I Help You?’

Korang tahu tak yang drama “May I Help You?” dah nak habis?

Dengan hanya berbaki dua episod sahaja lagi, dua pelakon utama drama MBC “May I Help You?” berkongsi beberapa perkara yang wajib penonton beri perhatian!

Melihat kembali kepada pengalaman berlakon dalam drama itu, Hyeri berkongsi,

Masa yang saya habiskan sepanjang penghasilan drama ini adalah seperti ribut angin bagi saya, saya ketawa, menangis dan macam-macam lagi dengan yang lain. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang banyak menghabiskan masa dalam keseluruhan perjalanan bersama Baek Dong-joo. 

hyeriNamun, apabila ditanya kepada Hyeri mengenai apa yang perlu penonton berikan perhatian untuk dua episod terakhir, jadi Hyeri berkata,

Penonton perlu beri perhatian kepada ‘kuasa pelik’ Baek Dong-joo. Saya rasa mesti penonton tertanya-tanya mengapa Dong-joo akhirnya bertemu dengan yang dah mati.

Apabila rahsia Dong-joo sudah dibongkarkan, maknanya akan ada ‘plot twist’ di akhir episod. Tolong terus nantikan hingga episod ke akhirnya untuk tengok apa yang akan dipamerkan oleh kumpulan ‘Dime a Job’.

Dalam pada itu, Lee Jun-young juga berkongsi,

Saya sebenarnya sedikit terkejut, di mana drama yang saya dan krew produksi usahakan, kini dah mencapai penghujungnya. 

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton yang sudah menyokong drama ini sehingga sekarang. Saya harap semua akan terus menonton dua lagi episod yang berbaki.

hyeriDia turut ditanya mengenai apa yang perlu diberikan perhatian oleh penonton.

Saya rasa anda semua akan sangat teruja untuk menonton dua episod berbaki, jadi tolong berikan perhatian kepada perasaan Kim Tae-hee terhadap Seo Hae-ahn yang berubah sepanjang proses mencari dalang sebenar di sebalik kematian adik lelakinya.

Tengok juga apa yang akan dilakukan oleh Tae-hee bersama Dong-joo selepas menghabiskan kes tersebut. 

hyeriKorang jangan lupa tengok episod “May I Help You?” pada 21 dan 22 Disember ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...