Ikuti Kami:

Ada ‘Plot Twist’, Episod Ke-7 Berjaya Lonjakkan Rating Drama ‘One Dollar Lawyer’

Ada ‘Plot Twist’, Episod Ke-7 Berjaya Lonjakkan Rating Drama ‘One Dollar Lawyer’

Drama SBS “One Dollar Lawyer” kini mencapai rating sebanyak 18%! Wow!

Pada 14 Oktober, episod ketujuh bagi drama “One Dollar Lawyer” disiarkan dan ia nyata menyumbang kepada kenaikkan rating drama itu.

Menurut Nielsen Korea, rating bagi episod ketujuh drama itu adalah 14.5% di seluruh negara. Namun, rating drama itu melonjak kepada 18% kini dan ia membuktikan popularitinya kerana drama itu kini menduduki tempat pertama antara semua program setakat hari Jumaat lalu.one dollar lawyerDalam episod ketujuh, babak yang paling mencuri perhatian adalah masa silam Chun Ji-hoon. Ji-hoon menjejaki semua penyelewengan oleh Kumpulan JQ namun dia lebih dikejutkan dengan maklumat yang dijumpai.

Kim Yoon-seop (Nam Myung-ryul) yang merupakan ayah Ji-hoon dan juga calon untuk jawatan perdana menteri, nyatanya terlibat dalam penyelewengan tersebut. Ji-hoon membuat keputusan untuk menyiasat ayahnya sendiri dan menolak semua kemungkinan yang berlaku. namgoong minJi-hoon membiarkan ayahnya mendengar perbualan dia bersama kumpulannya namun, sangat mengejutkan apabila ayahnya berkerjasama dalam penyiasatan dengan menyerahkan senarai penerima rasuah.

Paling tidak dijangka, apabila ayahnya membunuh diri di penghujung episod. Pada masa yang sama, Ji-hoon menerima panggilan melalui telefon ayahnya dan pemanggil itu berkata,

Belum lagi. 

namgoong minAla…. sedih la pulak…

Nantikan episod ke-8 okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...