Ikuti Kami:

“Ada Peminat Datang Konsert Kami Dengan Suami Dia..” – Minho SHINee

“Ada Peminat Datang Konsert Kami Dengan Suami Dia..” – Minho SHINee

Pejam celik pejam celik, sudah 15 tahun SHINee berada dalam industri hiburan sejak debut.

Baru-baru ini, Min-ho telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube “캐릿 Careet”, di mana idola itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Dalam siaran itu, pengacara Kwang-hee ada bertanya,

Adakah awak mempunyai peminat yang tidak dapat dilupakan?

Jawab ahli SHINee itu,

Saya mungkin terdengar pelik kerana sudah lama kami menjadi penyanyi. Ada peminat yang dah suka kami semasa mereka muda. Ramai daripada mereka dah berkahwin. Tetapi kemudian, saya rasa seperti, ia sangat pelik. Saya tidak tahu mengapa.

Sambung Min-ho lagi,

Ia terasa seperti keluarga saya akan pergi. Setelah sekian lama, ada peminat yang datang bersama suaminya ke konsert kami. Saya masih ingat dia. Saya berasa sangat bersyukur. Ia sangat jelas bahawa lelaki itu bukan peminat kami. Dia sedang memerhati bagaimana kami membuat persembahan.

Haa ada tak antara korang yang dah lama minat SHINee dan sudah berkahwin?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...