Ikuti Kami:

Ada Lee Kwangsoo, IVE, Teaser ‘The Game Caterers’ Bersama Artis Starship Buat Penonton Teruja!

Ada Lee Kwangsoo, IVE, Teaser ‘The Game Caterers’ Bersama Artis Starship Buat Penonton Teruja!

Tak lama lagi, penonton akan dapat melihat kemeriahan selebriti yang bernaung di bawah agensi Starship Entertainment!

Terbaru, rancangan hiburan popular terbitan Na Young-suk PD iaitu “The Game Caterers”, telah melancarkan teaser pertama episod yang akan menampilkan seramai 31 artis dari agensi Starship Entertainment dan King Kong by Starship.

Menerusi video yang dikeluarkan, pelakon seperti Lee Kwang-soo, Lee Dong-wook, Chae Soo-bin, Kim Bum dan ramai lagi akan tampil memeriahkan episod tersebut.

Bukan itu sahaja, kumpulan K-Pop popular seperti IVE, WJSN, MONSTA X dan CRAVITY, serta penyanyi solo K.Will dan Jung Se-woon akan turut ikut serta mencipta sinergi hebat bersama selebriti lain.

Dalam video teaser berdurasi kurang dari 3 minit itu, kesemua artis nampaknya seronok meluangkan waktu bersama dengan bermain pelbagai permainan dan penonton amat teruja untuk melihat kekecohan mereka dalam rancangan ini!

Jangan lupa tonton episod “The Game Caterers” x Starship yang akan disiarkan selama 3 minggu bermula pada 30 Oktober ini, di tvN dan saluran YouTube selepas ia ditayangkan di TV.

Confirm kecoh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...