Baru-baru ini, saluran YouTube BTS ‘BANGTANTV’ telah memuat naik satu video baru RM bertajuk “RM ‘All Day (with Kim Namjoon)’ Part 1”.
Dalam video tersebut, RM mendedahkan rumahnya buat kali pertama kepada peminat. Sambil menunjukkan setiap sudut dalam rumahnya, RM berkata,
Di rumah saya, hanya ada saya, buku dan lukisan.
Memang tidak dinafikan, rumah ahli BTS itu memang dipenuhi dengan pelbagai karya seni dan juga buku. Patutlah RM suka pergi muzium!
Kemudian, dia juga turut menunjukkan ke arah buku yang tersusun tinggi sambil menjelaskan,
Ia penuh dengan buku yang saya baca. Saya terus membeli buku-buku ini untuk dibaca dan ia semakin bertimbun.
https://twitter.com/RM91227/status/1601571452809285632?s=20&t=SeJaAan8G-ffhu-vkdrscw
Apa yang menakjubkan, seorang peminat berkongsi di Twitter bahawa RM nampaknya mempunyai lebih 100 karya seni yang dipamerkan di rumahnya. Memang betul-betul macam muzium ni!
Tonton video penuh RM “RM ‘All Day (with Kim Namjoon)’ Part 1” di atas!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.