Ikuti Kami:

“Kadang-Kadang Saya Fikir Saya Mungkin Tidak Akan Berkahwin..” – RM BTS

“Kadang-Kadang Saya Fikir Saya Mungkin Tidak Akan Berkahwin..” – RM BTS

Sudah hampir mencecah usia 30 tahun, RM BTS pastinya kadangkala terfikir soal perkahwinan.

Terbaru dalam siaran 9 Disember program “The Dictionary of Useless Knowledge”, perbualan yang dikongsikan antara ahli panel melibatkan tema ‘Manusia jenis apa yang kita sayang?’. Shim Chae-kyung pada awalnya menyatakan,

Ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah definisi cinta. Saya memikirkan pelbagai jenis cinta, dan saya rasa cinta itu adalah sesuatu yang saya miliki untuk diri saya sendiri.

Kemudian, RM sebagai salah seorang pengacara dan satunya-satunya yang belum berkahwin dalam rancangan itu, turut berkongsi pendapatnya,

Saya rasa orang yang lahir pada tahun 1990-an sangat ragu-ragu tentang perkahwinan. Bolehkah sesuatu seperti itu berlaku dalam hidup saya?

bts rm

Tambah ahli BTS itu lagi,

Pada masa lalu, saya menganggap perkahwinan sebagai proses semula jadi dalam kehidupan, tetapi sejak beberapa tahun lalu, saya terfikir sendiri ‘mungkin saya tidak akan berkahwin’. Sebaik sahaja saya mula berfikir seperti itu, saya tidak boleh berhenti memikirkannya.

Dalam pada itu, program “The Dictionary of Useless Knowledge” membincangkan kajian terhadap manusia dari perspektif yang berbeza dalam pelbagai bidang, termasuklah sastera, fizik, forensik dan astronomi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...