Ikuti Kami:

“Ada Kerisauan” – Dibuang Projek Lain, Pengarah ‘The Childe’ Kongsi Sebab Kekal Bersama Kim Seonho

“Ada Kerisauan” – Dibuang Projek Lain, Pengarah ‘The Childe’ Kongsi Sebab Kekal Bersama Kim Seonho

Sebelum melakukan comeback, pastinya ramai tahu yang Kim Seon-ho lama berdiam diri kerana terpalit dengan kontroversi melibatkan teman wanitanya.

Walaupun banyak naskhah lain menggugurkan lelaki itu dari barisan pelakon mereka namun pengarah Park Hoon-jung berkeras dan terus merakamkan “The Childe” bersama Kim Seon-ho.

Jelas pengarah itu dalam sebuah temubual,

Sebenarnya, saya mengambil masa yang lama semasa memilih barisan pelakon. Selepas menulis senario, saya akan mencari pelakon yang sesuai dengannya.

the childe

Tapi kenapa dia memilih untuk terus bekerjasama dengan Kim Seon-ho? Jawab Park Hoon-jung,

Selepas memilihnya, isu Kim Seon-ho terbongkar dan terdapat laporan dia akan digugurkan dari projek lain tapi saya tak terfikir mengenainya. Pada pendapat saya, ada ketika saya terfikir, ‘Kita lihat dulu’. Memang benar, saya ada berasa risau tapi saya tak mahu memilih pelakon lain.

Malah puji pengarah tersebut, Kim Seon-ho memberikan persembahan yang terbaik meskipun ini pertama kali dia berlakon dalam filem.

Untuk pengetahuan, “The Childe” ialah filem aksi yang menceritakan kisah pelbagai kuasa termasuk ‘hantu’ tak dikenali yang muncul di hadapan Marco, seorang peninju dengan masa lepas yang berbelit.

Bagi yang belum menonton, boleh ke pawagam berdekatan bagi menyaksikan “The Childe”.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...