Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Ahn So-hee telah memuat naik satu video baru di saluran YouTubenya berjudul ‘Membeli kereta baru selepas 9 tahun! Vlog keluaran kereta baru’.
Khususnya dalam video tersebut, Ahn So-hee turut membawa peminat bersama untuk membersihkan kereta lamanya, sebelum pergi mengambil kereta baru yang dibelinya selepas 9 tahun. Kongsi selebriti itu,
Saya telah membersihkan kereta lama saya semalam. Saya fikir saya tidak akan mempunyai banyak barangan di dalam kereta saya. Saya ingat saya seorang minimalis tetapi ternyata saya seorang yang maksimal. Saya mempunyai kereta itu selama 9 tahun, dan terdapat banyak barang lama.
Selepas tiba di bilik pameran Mercedes, Ahn So-hee mula memandu uji kereta barunya. Hadir dengan pelbagai ciri moden seperti fungsi urutan di kerusi pemandu, idola itu turut terkejut sambil berkata,
Kereta digital macam ini membuatkan saya berasa bergaya. Ia sangat bagus.
Di penghujung video, Ahn So-hee menunjukkan rasa sayang terhadap kereta barunya Mercedes-Benz CLS53 itu, dengan berkata,
Tolong selamatkan saya daripada kemalangan! Mari kita tinggal bersama untuk masa yang lama! Jaga saya baik-baik.
Tahniah Ahn So-hee, dapat beli kereta baru!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.