Ikuti Kami:

“Ada Babak Pelakon Lain Dibuang Terus Sebab Kim Saeron” – Pengarah ‘Bloodhounds’

“Ada Babak Pelakon Lain Dibuang Terus Sebab Kim Saeron” – Pengarah ‘Bloodhounds’

Walaupun nampak kecil, tapi banyak perkara yang berlaku sebenarnya disebalik kes Kim Sae-ron memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut satu temubual rasmi, pengarah “Bloodhounds” mengakui bahawa dia melalui masa yang sukar apabila mendapat tahu mengenai insiden berkenaan. Sepatutnya membawa watak heroin dalam siri Netflix itu, jadi lelaki itu terkesima apabila mendengar berita berkenaan semasa mereka masih lagi menjalani penggambaran.

Bagaimana saya perlu bertanggungjawab dengan perkara yang bukan pilihan saya.

Malah pengarah tersebut mendedahkan dia mengalami pelbagai masalah kesihatan selepas itu dek tekanan melampau. Katanya, dia hilang rambut, sakit tengkok, masalah sindrom usus dan isu sistem saraf autonomi.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut mendedahkan bahawa ada pelakon lain turut terjejas dek kesilapan Kim Sae-ron itu,

Ada segelintir pelakon yang muncul bersama Kim Sae-ron hilang bahagian mereka sepenuhnya. Mungkin mereka ini tidak adil. Saya cuba menyunting babak itu seperti itu danm ini dan saya berasa kasihan. Saya dan wakil Netflix mencuba sebaik mungkin.

Dalam pada itu, “Bloodhounds” kini menduduki tangga kedua di ranking Netflix global.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...