Sedih betul selepas “Again My Life” menamatkan tayangannya beberapa hari lalu.
Terbaru, Kim Ji-eun telah berkongsi cerita mengenai wataknya sebagai Kim Hee-ah dan pelbagai cerita mengenai drama itu.
Pertama kali saya bertemu Kim Hee-ah, saya banyak terfikir mengenai bagaimana saya perlu melakonkannya. Disebabkan dia merupakan watak dengan naratif yang luas, saya terfikir, sama ada saya boleh melakukan dengan baik dan saya mahu memaparkan proses perlawanan keluarganya dan Kumpulan Cheonha dalam aspek yang fleksibel.
Tambahnya lagi,
Walaupun terdapat aspek yang mengecewakan, saya berasa saya dapat membawa watak itu dengan baik atas bantuan pengarah, yang sentiasa membayangkan sesutu yang besar, dan pelakon senior. Saya banyak belajar dalam pengembaraan ini jadi saya bersyukur dapat berlakon watak Kim Hee-ah.
Kim Ji-eun juga berterima kasih buat penonton kerana terus menyokong “Again My Life” dan berbangga kerana menjadi sebahagian daripada projek ini.
Dah rindu mereka…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.