Ikuti Kami:

Ada 6 Nama Berbeza, Ini Sebab Lee Dain Banyak Kali ‘Tukar Identiti’

Ada 6 Nama Berbeza, Ini Sebab Lee Dain Banyak Kali ‘Tukar Identiti’

Korang mesti terperanjat kalau tahu Lee Da-in sebenarnya ada pelbagai nama kan?

Baru-baru ini, sebuah media mengkaji semula fakta penukaran nama Lee Da-in (nama pentas) sebanyak lima kali sepanjang hidupnya.

Baru sahaja berkahwin dengan Lee Seung-gi, wanita itu menukar namanya dari Lee Joo-hee kepada Lee Ra-yoon pada Februari lalu. Khabarnya, dia memilih nama berkenaan atas cadangan ibunya sendiri, Kyun Mi-ri dan ianya diambil daripada agama Buddha.

Menurut siasatan mendalam, dia sebenarnya sudah pun 4 kali menukar nama. Semasa lahir, namanya ialah Im Yoo-kyung tapi menukar nama keluarganya kepada ‘Kyun’ selepas ibu bapanya bercerai.

lee dain lee rayoon

Kemudian, Lee Da-in menukar namanya kepada Lee Ji-hye selepas ibunya berkahwin baru selain mengubah kepada nama Lee Joo-hee sebelum memulakan karier sebagai pelakon. Termasuk nama pentasnya, Lee Da-in memiliki sebanyak 6 nama setakat ini. Walaupun begitu, Lee Da-in mengekalkan nama pentasnya meskipun memiliki beberapa nama ini.

Komen netizen, “Penceraian dan perkahwinan ibu bapanya pastinya mempunyai impak”, “Saya merasakan saya akan keliru dengan nama banyak begitu” dan lain-lain lagi.

Pun begitu, agensinya telah memberikan kenyataan rasmi bagi menafikan khabar angin ini,

Dia pernah tukar nama dua kali sahaja. Lee Da-in tak pernah menggunakan nama Kyun Yoo-kyung dan Lee Ji-hye.

Penta jugak tukar nama banyak lagi..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...