Meskipun sudah lama bekerjasama untuk sebuah filem pada 2014 namun, persahabatan T.O.P BIGBANG bersama Lee Dong-hwi nampaknya masih akrab.
Terbaru pada 11 September, T.O.P telah berkongsi di Instagram Story satu fotonya bersama dengan Lee Dong-hwi.
Bergambar bersama dengan ‘abang’ kesayangannya itu, T.O.P turut menulis kapsyen ‘sweet’,
Hyung saya juga yang terbaik.
Dalam gambar yang dikongsi, T.O.P dan Lee Dong-hwi dilihat sedang duduk bersebelahan berlatar belakangkan Han River.
Bagi yang belum tahu, T.O.P dan Lee Dong-hwi pernah sama-sama membintangi filem “Tazza: The Hidden Card” pada 2014, yang mengikuti kisah Ham Dae-gil dalam dunia perjudian. Untuk membalas dendam atas satu sebab, dia memasuki perlawanan terakhir yang boleh membawa maut kepada yang kalah.
Korang pernah tonton tak filem ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.