Hari Isnin tiba! Mesti semua penonton setia “A Business Proposal” tak sabar untuk menantikan episod malam ini kan?
Dengan episod ke-11 yang akan ditayangkan pada malam ini, peminat juga telah ‘disapa’ dengan nyanyian duet harmoni oleh peneraju utama “A Business Proposal”, Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong.
Bagi yang belum tahu, semasa sesi sidang media bagi pelancaran tayangan perdana “A Business Proposal”, Kim Se-jeong telah membuat satu kenyataan bahawa dia akan menyanyi duet bersama Ahn Hyo-seop sekiranya drama itu berjaya melepasi rating 10%. Dengan kedua-dua mereka mempunyai bakat hebat dalam nyanyian, peminat pastinya ingin melihat perkara ini menjadi kenyataan.
Meskipun drama ini hanya bermula dengan rating 4.5%, “A Business Proposal” telah berjaya ‘mencuri’ hati penonton dengan plotnya yang ringan dan menarik, serta telah melepasi rating 10% ketika episod ke-6 ditayangkan.
https://twitter.com/SBSNOW/status/1510815922763706372
Menepati janji kepada peminat, pada 4 April, SBS telah melancarkan nyanyian duet Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong untuk salah satu OST drama tersebut “Love, Maybe”, nyanyian asal oleh MeloMance.
Dengarkan nyanyian duet mereka di atas! Fuhh meremang bulu roma dengar suara diorang.