Ikuti Kami:

Terbukti Popular, ‘A Business Proposal’ Lepasi Rating 10% Buat Pertama Kali

Terbukti Popular, ‘A Business Proposal’ Lepasi Rating 10% Buat Pertama Kali

Tipulah kalau tak pernah dengar mengenai drama “A Business Proposal”. Siapa sangka drama SBS ini mampu merebut hati ramai peminat K-Drama.

Hanya bermula dengan rating 4.5%, namun drama itu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada saban episod. Malah ia menaik dua kali ganda selepas 4 episod tayangan sahaja.

Terbaru, menerusi episod ke-10, “A Business Proposal” telah mencatatkan rating terbaik sepanjang tayangan iaitu 10.1%. Malah ia merupakan pertama kali naskhah itu melepasi dua digit dalam rekodnya.

sbs a business proposal

Rata-rata penonton meluahkan rasa seronok melihat keserasian di antara watak utama iaitu Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seob malah turut terpaut dengan kisah cinta pasangan keduanya iaitu Kim Min-gyu dan Seol In-ah.

Untuk pengetahuan, “A Business Proposal” ialah drama komedi romantis tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.

Memang drama kegemaran ramai kini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...